Ruangan Iklan

Monday, July 30, 2012

Bantulah Sesama Muslim

Ya Allah, selamatkanlah umat islam di Myanmar, di Syria dan di Palestin.


Umum mengetahui yang etnik Rohingya di Myanmar telah ditidakkan hakknya. Dalam perundangan, tiada kaum bernama Rohingya dinyatakan oleh pemerintahnya. Kaum Rohingya yang minoriti dan beragama Islam ditindas, dan malah meyedihkan 10 orang tabligh telah dibunuh!.

Sementara kita di Malaysia dapat berbuka puasa dengan pelbagai juadah, pilih saja yang nampak sedap di mata, beli sahaja di bazaar ramadhan, padahal ada muslim di bahagian lain dunia ini sedang berlapar, dan di timpa bencana. Ya, apa kata, kita ambil sedikit sebahagian dari belanja kita untuk berbuka, RM1 dan sumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Sumbangan boleh disalurkan kepada GLOBAL PEACE MISSION (GPM)



Thank You Allah....


Ya Allah, Thank you for giving me everything in my life.
When I wake up in the morning, I must say Thank to Allah by saying


Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wailaihinnusyuurr... meaning - 'Thanks to Allah who awoke us after our death and He is The One that can resurrect us'

Thank You.
Thank You.
Thank You.....

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah.........


Masa kita tidur, syaitan akan mengikat kita dari bangun. Selepas kita bangun, dan baca doa bangun tidur, terlerailah ikatan tadi. Kemudian, kita ambil wuduk, terlerai satu lagi ikatan, Apabila kita solat subuh, terlerai keseluruhan ikatan... Maka menangis lah syaitan kerana tidak berupaya untuk menghasut hati manusia itu...

Monday, July 23, 2012

Tadabbur AlQuran

Malam semalam sewaktu Tazkirah antara dua Terawih, dalam pada ngantuk-ngantuk datang mengundang, sempat juga dengar tentang Tadabbur. Dan pagi tadi ketika mendengar slot motivasi pagi juga berkenaan tadabbur Al-Quran.

 Berikut adalah petikan dari surah Al-Baqarah ayat 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Elok lah di bulan Ramadhan ni, kita banyakkan membaca Al-Quran berbanding bulan2 lepas. Sambil membaca, baca juga terjemahannya, dan kalau boleh hafal juga. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini menjadi batu loncatan kepada kita umat Islam.



Bayangkan 1 pahala di bulan biasa, bersamaan 1x700 pahala di bulan Ramadhan... Ya Allah, kalau orang berniaga sudah tentu bulan ini lah bulan yang dikejar-kejar iaitu bulan 700% keuntungan!!! MasyaAllah... Subhanallah!...


Sunday, July 22, 2012

Rindunya Mekah alMukarramah...

Harini sudah 3 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa. Keadaan cuaca tidak menentu, tidak macam dulu kala waktu kita kecil2, kalau nak bulan puasa, mesti cuacanya panas semacam. Tapi sekarang, cuaca hujan menyambut awal Ramadhan. Mungkin pakcik-pakcik pekerja buruh binaan yang berpuasa bersyukur yang amat, ye lah, ujian yang dijalani tidak seberat dulu. Walau panas, terus terusan berpuasa.


Kisah Mekah tak ada kena mengena dengan paragraph di atas. Rakan saya dahulu, setiap kali masuk bulan Ramadhan, dia sekeluarga akan berangkat menunaikan umrah. Sama ada awal Ramadhan ataupun akhir Ramadhan. Saya teringin sekali merasai pengalaman itu, InsyaAllah, ada rezeki, saya berazam untuk ke Mekah pada bulan Ramadhan, Ya Allah permudahkanlah.. Amin..


روى مسلم عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال “العمرة في
رمضان تعدِل حجة “
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”





  • “Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya.” ( Hadith riwayat Bukhari & Muslim )
  • “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
  • “Sangatlah banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperoleh dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga sahaja.” (Hadith riwayat An-Nasa’i dan Ibn Majah)

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Menjelma, Rebutlah Peluang !!

Lailatul Qadar:


Bila mana Malaikat Jibril turun (malaikat Jibril adalah ketua para malaikat dan malaikat yang bertugas menurunkan wahyu kepada Nabi saw). Berbondong-bondong dan beribu-ribu malaikat bertali arus mengucapkan Salaamun Salaamun Salaamun mengaminkan doa dan mendoakan kebaikan serta keampunan kepada orang-orang yang beribadah di malam laitulqadar ini. Jadi rebutlah peluang ini, terutama sekali pada 10 Ramadhan terakhir. Waullahu'alam.

Tuesday, July 17, 2012


Sebelum saya pindah, dulu jiran saya hindu, dia ada tokong dalam rumah dia. Ada kawan saya fwd email tentang x-sami yg telah memeluk islam, bagi tips supaya jgn salam hindu selepas subuh coz depa ada abu mayat kat tangan, ...ironinya saya pun x penah salam jiran saya ponnn… diorang pun jarang sangat la ada adab salam bersalaman ni kecuali masa kat tempat kerja je.

Pasal makanan pun, dulu2 dia ada la bagi maruku masa deepavali, tapi kitorang semua x makan pun. Last-last buang camtu je. (maybe sbb was was kot). Tu sebelum dia bela anjing. Tapi lepas dia bela anjing, langsung dah dia tak bagi kitorang makanan atau apa2 oleh2. (macam paham2 je).

Diorang ni percaya kalo buat baik, akan dibalas baik. So diorang akan cuba sedaya upaya akan buat baik (ni yg hindu betul2). Saya pernah ditolong orang india naik lori pickup masa moto hb breakdown kat hiway sg besi. Tolong angkat atas pikup dia dan hantar kat bengkel moto kg pandan, tanpa mengharap apa2 balasan pon. Dia Cuma cakap dia buat baik, supaya dibalas baik kemudian hari.  Allah swt dah berjanji pada manusia, semua umat Islam akan di janjikan syurga waima iman sebesar zarah sekalipun, tapi orang2 kafir ni tak akan bau syurga waima segunung tinggi kebaikan dia buat atas dunia, dan selautan luas pun sedekah yang diberikan atas dunia ni. Tapi Allah swt akan balas diorang atas dunia juga supaya diorang tak tuntut kemudian hari di akhirat. Sesungguhnya Allah swt tu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Waullahu’alam.

Sunday, July 15, 2012

Ajaibnya Sedeqah - Muhamad Muhyidin

Tajuk Buku : Ajaibnya Sedeqah
Penerbit : PTS Millenia
Bil m.s.: 171
ISBN: 978-983-3372-28-7
Cetakan Pertama: 2009
Sekarang Cetakan kesebelas 2012

Sinopsis Belakang Buku:

* Benarkah sedekah mampu membantu individu menjadi lebih kaya?
* Bagaimana bersedekah mampu menjadikan seorang Muslim itu menjadi lebih kaya?
* Apakah cara sedekah yang betul?
* Keajaiban-keajaiban sedekah dan teknik mengenalpasti keajaiban-keajaiban itu?

Sama ada percaya ataupun tidak, sedekah adalah ibadah yang ajaib.

Ia adalah ibadah yang tidak selari dengan hukum ekonomi moden.

Semakin banyak yang dikeluarkan tanpa kepentingan, semakin bertambah pendapatan dan semakin kaya.

Namun, itulah jutaan keajaiban, mukjizat, misteri dan rahsia keagungan ibadah sedekah yang diberkan oleh Allah kepada Mulsim yang sanggup bersedekah. Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khusunya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahgiaan. Ia juga memberkan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

Marilah terokai keajaiban dan mukjizat sedekah melalui Ajaibnya Sedekah.


Rating saya: ***** (full marks)!

Ringkasan saya:

Mengandungi tips-tips tentang sedekah yang lebih afdah/ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Cerita dan kisah benar tentang orang yang bersedekah. Hadis-hadis dan petikan dari ayat al-quran tentang sedeqah.

Wednesday, July 11, 2012

Hafalan Al-Quran

Hari ni nak share Kaedah HAfazan AlQuran yang saya terbaca kat laman web:
Contoh Surah Al-Jumuah:
1. Baca ayat pertama 20x
 Baca ayat kedua 20x
 Baca ayat ketiga 20x
 Baca ayat keempat 20x

2. Baca ayat pertama, kedua, ketiga dan keempat 20x
3. Baca ayat kelima 20x
 Baca ayat keenam 20x
 Baca ayat ketujuh 20x
 Baca ayat kelapan 20x
4. Baca ayat (5-8)20x
5. Baca ayat (1-8) sebanyak 20x Ulang konsep di atas hingga habis surah. Sehari cuma boleh buat untuk 1/8 juz.
6. Hari esoknya baca hafalan sebelum ini sampai habis 20x barulah mula dengan ayat baru.
7. Jangan tambah hafalan jika hafalan yang sebelumnya belum kukuh.
 8. Tips: baca dan ulang 4 halaman sehari yang telah dihafal hingga ke 10 juz. Kemudian ulang lagi hingga kukuh 10 juz, baru la enjak ke juz seterusnya.

 Semoga memberi manfaat, dan keazaman pada saya untuk mengamalkan.

Monday, July 9, 2012

Kejayaan Dunia dan Akhirat

3 Tips untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat:
     1.  Installation – bangun setiap pagi dan baca doa bangun tidur 

1.(Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amaatanaa wa ilai hin nusyurrr…maksudnya Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.)  dan pasakkan dalam minda perkara-perkara yang positif. Berfikiran yang positif. Cthnya: Harini  Allah swt permudahkan jalan, Allah berikan nyawa untuk beribadat padaNya. Hari ni saya akan buat perkara yang positif. Saya akan cuba sedaya upaya untuk bersikap positif.
a.       Contoh soalan setiap pagi: Apa nak buat? Apa nak capai? Apa nak nikmati?
b.      Sentiasa sebut Thank you Allah, (Alhamdulillah), saya boleh, saya boleh, Subhanallah..
c.       Tulis perkara-perkara yang positif dalam impian. Saya nak jadi jutawan?, Thank You Allah, Murahkan Rezeki.
d.      Setkan 50goal cart dan tulis:
                                                               i.      Contoh goal cart – apakah keperluan orang disekeliling kita, dan kita cuba beri apa yang mereka perlukan.
2.       2. Dedicate untuk Orang Lain – Cuba tanamkan sikap sentiasa menolong.
3.       3. Polar Memberi – Hari ni saya nak beri kawan-kawan saya apa yang mereka perlukan. Perlindungan, nasihat kewangan, perkongsian pengalaman yang baik, hadis-hadis nabi untuk diceritakan.


NEVER QUIT, JANGAN MASUKKAN PERKATAAN PUTUS ASA, SENTIASA POSITIF, MINTA PERKARA-PERKARA YANG BAIK DARI ALLAH SWT.

Azab dan Rahmat


Mohon perlindungan azab kubur antara tasyahud, salam 

Daripada Aisyah rh, bahawa seorang wanita Yahudi datang menemuinya lalu menyebutkan azab kubur, lalu wanita itu berkata kepada Aisyah rh: 
"Semoga Allah melindungimu daripada azab kubur."
 Aisyah rh berkata: 
Maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda: 
Ya, azab kubur adalah benar. 
Aisyah rh berkata: 
"Maka setelah itu aku tidak melihat Rasulullah SAW mengerjakan sesuatu solat melainkan Baginda memohon perlindungan daripada azab kubur." 

Hadis ini juga mengandungi anjuran berlindung daripada azab kubur dalam solat dan tempat memohon perlindungan antara tasyahud dan salam. 

Daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda: 

"Apabila seseorang daripada kamu berada dalam keadaan tasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa: 

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksaan neraka jahanam, daripada seksa kubur, daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati serta daripada kejahatan fitnah Almasih Ad-Dajjal."


p/s: Yang berlaku dalam keluarga saya, anak sy yg kecil sekali umur 7 tahun baru belajar2 solat, hujung2 tu dia x tau apa yang dibaca ayah dia sebab pelahan sangat, dia pulak baca kuat2, Allahumma inni 'auzubika minal qubsi wal khabais..... 

lepas salam je terus satu keluarga gelak tak hingat.... time solat tu tahan je nak gelak..

Thursday, July 5, 2012

Adab-adab sebelum dan selepas Tidur

Harini saya nak share satu benda yang nampak mudah tapi sebenarnya amat berat dilakukan (esp oleh saya). Adab-adab sebelum tidur dan selepas tidur. Bende ni nampak remeh dan enteng, tapi sebenarnya bende ni sangat-sangat lah penting dalam kehidupan kita seharian.

Semasa nak tidur, kita mesti buang air dan basuh kaki (tu dulu2 mak ayah kita pesan). Tapi sebenarnya lebih dari tu, kita kena buat. 
1. Ambil wudu' - bersuci dari hadas kecil (buang air dulu kemudian ambil wudu). Tak sampai pun 5  minit. Tapi kalao dah sememangnya mengantuk, mende yang kecik macam ni pun tak sempat nak buat.. aduhai....

2. Baring mengadap kanan kita. (baring atas bahu kanan). - sebelum tu kebas2 bantal/tilam.

3. Baca 3 qul (Qul huaullah, Qul a'uzubirabbinnas, Qul a'uzubirabbilfalaq). 3x sapu seluruh badan.

4. Bismikaullahumma ahyawaamut..


5. Ucap Syahadah....Zzzzzz

Insya Allah esok senang nak bangun, sebab dah kena pagar dari gangguan syaitan degil.

Wednesday, July 4, 2012

Solat Menghapuskan Dosa-dosa


Selepas subuh biasanya kami sekeluarga (yang mana sempat) duduk dan mendengar hadith. Hari ni nak kongsi cerita mengenai Solat.




Hadith riwayat Iman Ahmad, Nisai dan Tabarani


Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Uthman R.A katanya, "Saya bersama Hazrat Salman R.A dibawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan itu gugur. 


Kemudian beliau berkata kepada saya,


 "Wahai Abu Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?" 
Saya bertanya, "Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?" 


Beliau menjawab, "Beginilah yang dilakukan oleh Rasululullah S.A.W di hadapan saya semasa saya bersama-sama Rasululullah S.A.W dibawah sepohon pokok. Baginda S.A.W telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur. 


Kemudian Baginda S.A.W bertanya kepada saya, "Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?" Sahutku, "Beritahulah mengapa tuan berbuat begitu?" 


Baginda S.A.W bersabda, "Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan sembahyang lima waktu maka gugurlah dosa-dosanya seperti gugurnya daun-daun ini." 


Kemudian Baginda S.A.W membaca ayat yang berikut yang ertinya : 'Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu (terutamanya sembahyang) itu akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah Allah S.W.T yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan' (Surah Hud, Ayat 114)

Sunday, July 1, 2012

Menangis kerana Allah swt.

Tentang apa yang kudengar pagi tadi.

Adalah rancangan motivasi dalam Radio IKIM fm yang disampaikan oleh Ust Eibet Leo. 
Kesimpulan yang dapat tadi adalah:
1.Kita dapat kerja di sesuatu tempat itu sebenarnya Allah dah tentukan, bukan sebab 'ter' dapat atau tiba-tiba kita pergi interview dan kita dapat. Siapa yang membenarkan kita untuk pergi temuduga tersebut? Allah swt. Siapa yang luluskan interview - Allah swt.
Pendekata semuanya telah ditakdirkan oleh Allah swt. perkara tersebut berlaku. Supaya kita menjadi asbab membawa hidayat ke kawasan persekitaran kita.

2. Berapa kalikah kita menangis kerana Allah swt? setengah jam setiap hari sebelum subuh? setiap dua hari sekali? seminggu sekali? atau kadang kadang sahaja?. 
Untuk menjadi kekasih Allah, kita kena usaha menangis kerana Allah swt. kerana Allah kasihkan orang yang menangis kerana Dia.

Kisah anak Yarmuk masuk Islam.