Ruangan Iklan

Wednesday, September 5, 2012

Syukur



1.      Syukur – Fokus pada kesyukuran, apa yang kita dapat, bukan masaalah-masaalah-masaalah..
a.       Kalau banyak tawaran, tak tau nak buat pilihan, Tanya pada Allah, buat istikharah.
b.      Duit banyak bersyukur, tolong orang lain yang memerlukan.
c.       Duit sikit redha, usaha.

2.       Minda dan Blue Print -  apa yang minda kita fikir itu lah yang akan jadi pada kita, minda kita fikir negative, negative yang kita dapat.
a.       Blue Print : - audit diri kita tiap hari, apa
                                                               i.      Rancangan tv yang kita lihat – setiap yang kita lihat masuk dalam minda bawah sedar kita.
                                                             ii.      Makanan yang kita makan
                                                            iii.      Percakapan yang kita cakap – gossip?
                                                           iv.      Solat Jemaah kita macam mana?
                                                             v.      Visi dan Misi keluarga macam mana?
                                                           vi.      Cita-cita keluarga dan anak2 kita apa? Mesti cakap tiap hari syurga-pahala, dosa-neraka

3.       Mencegah dan merawat
a.       Betulkan minda kita dengan mencari ilmu.

4.       Beri Kasih sayang.
a.       Orang yang memberi kasih sayang akan dapat balik kasih sayang.
                                                               i.      Bila kita dah tua, kita Nampak apa yang kita buat pada anak, jadi pada kita.
                                                             ii.      Anak kita cermin diri kita.
                                                            iii.      Sedeqah dapat melembutkan hati anak.
                                                           iv.      Bila ditempat yang bising, kita tak suka, pejam kan mata, bayangkan kita berada di tempat yang kita suka, tepi pantai, tepi sungai etc.
                                                             v.      Cuba fikir yang orang yang buat bising tu, kuasa Allah bagi dia pandai bercakap
5.       Membentuk keluarga
a.       Mesyuarat dengan isteri atau suami, Tanya apa yang dia suka, gunakan kualiti time dengan family.
                                                               i.      Siapa yang umur dah 40 tahun, masih main video game, patut bertaubat nasuha,. Masa dah makin sikit, umur makin dekat dengan mati.
                                                             ii.      Ulama berakata “Kalaulah aku boleh beli masa orang tu, aku beli”
                                                            iii.      Isi masa dengan Zikir – zikir terapi hafiz hamidun atau telaga biru

                                                           iv.      Dengan Tasbih kita tukar masa kita dengan pahala. Amalkan sentiasa pegang tasbih.


HANYA ORANG YANG TENANG AKAN DAPAT MEMBERI KETENANGAN PADA ORANG LAIN.

TQ
-LIA-


Monday, September 3, 2012

Prioriti Wanita

Prioriti Wanita

1. Allah
2. Rasul
3. Suami
4. Ibu

Prioriti Lelaki

1. Allah
2. Rasul
3. Ibu
4. Isteri


Wednesday, August 15, 2012

Allahumma inni


bsmlh Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire
Allahumma inni asbahtu Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire
Allahumma inni asbahtu ush’hiduka wa ush’hidu hamalata ‘arshika wa malaikataka wa jami’a khalqika annaka Antallahu la ilaha illa Anta Wahdaka la shar?ka laka wa anna Muhammad-an ‘Abduka wa Rasuluk  (4 times)
(Note: In the evenings, recite: amsaytu instead of asbahtu)
O Allah allah Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire! As morning dawns upon me, I bear testimony before You and before the angels who carry Your Throne and all Your angels and all of Your creation that truly, You are Allah allah Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire, there is no god but You, The One and Only God without any partner, and that truly, Muhammad is Your special devotee and Your Prophetic Messenger.
Allahumma inni asbahtu ush-hiduka. . .
Abu Daud narrated that Anas bin Malik said that the Prophet (pbuh) said:
“When one says, Allahumma inni asbahtu ushhiduka, wa ushhidu hamamalata ‘arshika… (until the end of the dua), Allah allah Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire will free a quarter of him from the fire, and if he recites it twice Allah allah Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire will free half of him, and if he recites it three times Allah allah Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire will free three quarters of him, and if he recites it four times [Allah allah Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire will] free him from the fire.”
Listen to the recitation here: Allahumma inni asbahtu usyhiduka
Allah allah Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire has made things so easy for us, something as so light on the tongue like this simple dua and yet it is filled with so much benefit.  It would be a shame not to commit this dua to memory and act upon it each day.  May Allah allah Allahumma inni asbahtu    A dua for freedom from the fire give us all the ability.  Amin.

Monday, July 30, 2012

Bantulah Sesama Muslim

Ya Allah, selamatkanlah umat islam di Myanmar, di Syria dan di Palestin.


Umum mengetahui yang etnik Rohingya di Myanmar telah ditidakkan hakknya. Dalam perundangan, tiada kaum bernama Rohingya dinyatakan oleh pemerintahnya. Kaum Rohingya yang minoriti dan beragama Islam ditindas, dan malah meyedihkan 10 orang tabligh telah dibunuh!.

Sementara kita di Malaysia dapat berbuka puasa dengan pelbagai juadah, pilih saja yang nampak sedap di mata, beli sahaja di bazaar ramadhan, padahal ada muslim di bahagian lain dunia ini sedang berlapar, dan di timpa bencana. Ya, apa kata, kita ambil sedikit sebahagian dari belanja kita untuk berbuka, RM1 dan sumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Sumbangan boleh disalurkan kepada GLOBAL PEACE MISSION (GPM)



Thank You Allah....


Ya Allah, Thank you for giving me everything in my life.
When I wake up in the morning, I must say Thank to Allah by saying


Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wailaihinnusyuurr... meaning - 'Thanks to Allah who awoke us after our death and He is The One that can resurrect us'

Thank You.
Thank You.
Thank You.....

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah.........


Masa kita tidur, syaitan akan mengikat kita dari bangun. Selepas kita bangun, dan baca doa bangun tidur, terlerailah ikatan tadi. Kemudian, kita ambil wuduk, terlerai satu lagi ikatan, Apabila kita solat subuh, terlerai keseluruhan ikatan... Maka menangis lah syaitan kerana tidak berupaya untuk menghasut hati manusia itu...

Monday, July 23, 2012

Tadabbur AlQuran

Malam semalam sewaktu Tazkirah antara dua Terawih, dalam pada ngantuk-ngantuk datang mengundang, sempat juga dengar tentang Tadabbur. Dan pagi tadi ketika mendengar slot motivasi pagi juga berkenaan tadabbur Al-Quran.

 Berikut adalah petikan dari surah Al-Baqarah ayat 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Elok lah di bulan Ramadhan ni, kita banyakkan membaca Al-Quran berbanding bulan2 lepas. Sambil membaca, baca juga terjemahannya, dan kalau boleh hafal juga. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini menjadi batu loncatan kepada kita umat Islam.



Bayangkan 1 pahala di bulan biasa, bersamaan 1x700 pahala di bulan Ramadhan... Ya Allah, kalau orang berniaga sudah tentu bulan ini lah bulan yang dikejar-kejar iaitu bulan 700% keuntungan!!! MasyaAllah... Subhanallah!...


Sunday, July 22, 2012

Rindunya Mekah alMukarramah...

Harini sudah 3 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa. Keadaan cuaca tidak menentu, tidak macam dulu kala waktu kita kecil2, kalau nak bulan puasa, mesti cuacanya panas semacam. Tapi sekarang, cuaca hujan menyambut awal Ramadhan. Mungkin pakcik-pakcik pekerja buruh binaan yang berpuasa bersyukur yang amat, ye lah, ujian yang dijalani tidak seberat dulu. Walau panas, terus terusan berpuasa.


Kisah Mekah tak ada kena mengena dengan paragraph di atas. Rakan saya dahulu, setiap kali masuk bulan Ramadhan, dia sekeluarga akan berangkat menunaikan umrah. Sama ada awal Ramadhan ataupun akhir Ramadhan. Saya teringin sekali merasai pengalaman itu, InsyaAllah, ada rezeki, saya berazam untuk ke Mekah pada bulan Ramadhan, Ya Allah permudahkanlah.. Amin..


روى مسلم عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال “العمرة في
رمضان تعدِل حجة “
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”





  • “Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya.” ( Hadith riwayat Bukhari & Muslim )
  • “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
  • “Sangatlah banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperoleh dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga sahaja.” (Hadith riwayat An-Nasa’i dan Ibn Majah)