Ruangan Iklan

Monday, July 23, 2012

Tadabbur AlQuran

Malam semalam sewaktu Tazkirah antara dua Terawih, dalam pada ngantuk-ngantuk datang mengundang, sempat juga dengar tentang Tadabbur. Dan pagi tadi ketika mendengar slot motivasi pagi juga berkenaan tadabbur Al-Quran.

 Berikut adalah petikan dari surah Al-Baqarah ayat 185:

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


Elok lah di bulan Ramadhan ni, kita banyakkan membaca Al-Quran berbanding bulan2 lepas. Sambil membaca, baca juga terjemahannya, dan kalau boleh hafal juga. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini menjadi batu loncatan kepada kita umat Islam.



Bayangkan 1 pahala di bulan biasa, bersamaan 1x700 pahala di bulan Ramadhan... Ya Allah, kalau orang berniaga sudah tentu bulan ini lah bulan yang dikejar-kejar iaitu bulan 700% keuntungan!!! MasyaAllah... Subhanallah!...


No comments:

Post a Comment