Ruangan Iklan

Monday, July 9, 2012

Azab dan Rahmat


Mohon perlindungan azab kubur antara tasyahud, salam 

Daripada Aisyah rh, bahawa seorang wanita Yahudi datang menemuinya lalu menyebutkan azab kubur, lalu wanita itu berkata kepada Aisyah rh: 
"Semoga Allah melindungimu daripada azab kubur."
 Aisyah rh berkata: 
Maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda: 
Ya, azab kubur adalah benar. 
Aisyah rh berkata: 
"Maka setelah itu aku tidak melihat Rasulullah SAW mengerjakan sesuatu solat melainkan Baginda memohon perlindungan daripada azab kubur." 

Hadis ini juga mengandungi anjuran berlindung daripada azab kubur dalam solat dan tempat memohon perlindungan antara tasyahud dan salam. 

Daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda: 

"Apabila seseorang daripada kamu berada dalam keadaan tasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa: 

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksaan neraka jahanam, daripada seksa kubur, daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati serta daripada kejahatan fitnah Almasih Ad-Dajjal."


p/s: Yang berlaku dalam keluarga saya, anak sy yg kecil sekali umur 7 tahun baru belajar2 solat, hujung2 tu dia x tau apa yang dibaca ayah dia sebab pelahan sangat, dia pulak baca kuat2, Allahumma inni 'auzubika minal qubsi wal khabais..... 

lepas salam je terus satu keluarga gelak tak hingat.... time solat tu tahan je nak gelak..

No comments:

Post a Comment