Ruangan Iklan

Sunday, July 1, 2012

Menangis kerana Allah swt.

Tentang apa yang kudengar pagi tadi.

Adalah rancangan motivasi dalam Radio IKIM fm yang disampaikan oleh Ust Eibet Leo. 
Kesimpulan yang dapat tadi adalah:
1.Kita dapat kerja di sesuatu tempat itu sebenarnya Allah dah tentukan, bukan sebab 'ter' dapat atau tiba-tiba kita pergi interview dan kita dapat. Siapa yang membenarkan kita untuk pergi temuduga tersebut? Allah swt. Siapa yang luluskan interview - Allah swt.
Pendekata semuanya telah ditakdirkan oleh Allah swt. perkara tersebut berlaku. Supaya kita menjadi asbab membawa hidayat ke kawasan persekitaran kita.

2. Berapa kalikah kita menangis kerana Allah swt? setengah jam setiap hari sebelum subuh? setiap dua hari sekali? seminggu sekali? atau kadang kadang sahaja?. 
Untuk menjadi kekasih Allah, kita kena usaha menangis kerana Allah swt. kerana Allah kasihkan orang yang menangis kerana Dia.

Kisah anak Yarmuk masuk Islam.

No comments:

Post a Comment