Ruangan Iklan

Sunday, July 22, 2012

Rindunya Mekah alMukarramah...

Harini sudah 3 hari umat Islam seluruh dunia berpuasa. Keadaan cuaca tidak menentu, tidak macam dulu kala waktu kita kecil2, kalau nak bulan puasa, mesti cuacanya panas semacam. Tapi sekarang, cuaca hujan menyambut awal Ramadhan. Mungkin pakcik-pakcik pekerja buruh binaan yang berpuasa bersyukur yang amat, ye lah, ujian yang dijalani tidak seberat dulu. Walau panas, terus terusan berpuasa.


Kisah Mekah tak ada kena mengena dengan paragraph di atas. Rakan saya dahulu, setiap kali masuk bulan Ramadhan, dia sekeluarga akan berangkat menunaikan umrah. Sama ada awal Ramadhan ataupun akhir Ramadhan. Saya teringin sekali merasai pengalaman itu, InsyaAllah, ada rezeki, saya berazam untuk ke Mekah pada bulan Ramadhan, Ya Allah permudahkanlah.. Amin..


روى مسلم عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال “العمرة في
رمضان تعدِل حجة “
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”





  • “Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya.” ( Hadith riwayat Bukhari & Muslim )
  • “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
  • “Sangatlah banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperoleh dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga sahaja.” (Hadith riwayat An-Nasa’i dan Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment